the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Peniaga wanita rugi RM252,000 terpedaya pelaburan palsu

SEREMBAN: Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 39 tahun mula melabur selepas tertarik dengan iklan di Facebook dan memilih Pakej A, yang menjanjikan pulangan RM1.4 juta dengan pelaburan RM150,000.

“Pengadu juga meminjam wang daripada rakannya untuk menyertai pelaburan tersebut, sebagai permulaan pengadu membuat transaksi RM250 ke dalam sebuah akaun pada 12 Nov lepas pada 10.29 pagi,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa membuat 15 transaksi antara 12 hingga 24 Nov ke enam akaun bank berbeza, namun tidak menerima sebarang pulangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories