the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjenayah ditembak mati dalam berbalas tembakan dengan polis di Dengkil

Seorang suspek penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Dengkil, dengan senjata api dan dadah ditemui dalam kenderaannya

DENGKIL: Seorang lelaki disyaki penjenayah maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 8.10 malam semasa pasukan Bahagian Jenayah Berat (D9) menjalankan operasi pencegahan samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata anggota D9 terserempak sebuah Perodua Myvi perak yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyatakan pasukan polis membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan.

Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai warga tempatan tetapi tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui sepucuk senjata api jenis Colt 45 bersama tiga butir peluru.

Turut ditemui tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah.

Kumar berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek dan kegiatan jenayahnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories