the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perodua Axia baharu tidak terjejas dengan “ketidakaturan prosedur” ujian Daihatsu

KUALA LUMPUR: Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat dan Perodua juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan meskipun ‘ketidakaturan prosedur’ ujian yang didedahkan oleh Daihatsu Co Ltd baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu telah melantik Daihatsu Co.Ltd untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.

“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya, dan kami telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.

“Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada para pelanggan kami berhubung perkara ini dan kami memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Abidin berkata syarikat itu akan terus memantau situasi tersebut dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai.

“Perodua sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan kami dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan kami dalam menjangkaui setiap jangkaan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings