the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pertikaian harta dipercayai motif bunuh wanita warga emas di Simpang Pulai

TELUK INTAN: Pertikaian mengenai harta dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemukan dalam sebuah kenderaan di Simpang Pulai pada 7 September lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata hasil siasatan pihaknya mendapati suspek utama yang masih bebas dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan.

Beliau bagaimanapun berkata motif pembunuhan wanita berusia 62 tahun itu hanya boleh disahkan apabila suspek utama yang ketika ini dipercayai melarikan diri ke luar negara melalui laluan tikus ditahan.

“Memang bermotifkan (pembunuhan) perebutan harta,“ katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Ter…Paling Pahlawan Challenge 2025 anjuran IPD Hilir Perak di Padang Speedy.

Noor Hisam menambah kesemua sembilan individu yang ditahan sebelum ini pun ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai.

Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek.

Sembilan individu kemudian ditahan bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan seminggu selepas itu.

Noor Hisam berkata anggota polis berkenaan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan berada dalam keadaan stabil.

“Kami juga masih belum menemukan pistol milik konstabel polis yang dirampas suspek semasa kejadian,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Five Talent Shifts Redefining Hiring in Taiwan: PERSOL Unveils 2025 Workforce Insights

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - PERSOL has released its Industry Insight Report 2025, revealing an urgent need for employers across Asia Pacific to adapt to a fast-changing talent landscape.
spot_img

Popular Categories