the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perunding hartanah rugi RM622,161 ditipu pelaburan WhatsApp

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang perunding hartanah warga emas kerugian RM622,161 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui WhatsApp.

KUANTAN: Seorang perunding hartanah warga emas kerugian RM622,161 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang dipromosikan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 71 tahun itu diperdaya suspek pada 16 Oktober 2025 melalui tawaran yang menjanjikan keuntungan hingga 50%.

Mangsa kemudian ditawarkan untuk menyertai pelaburan dikenali sebagai JMC M Trading Venture dan diminta memuat turun satu aplikasi menerusi pautan yang diberikan.

Mangsa membuat 16 transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berbeza melibatkan jumlah RM622,161 antara 27 Oktober hingga 27 Disember 2025.

Yahaya berkata mangsa telah menerima pulangan awal berjumlah RM140,889 namun wang itu telah dilaburkan semula atas arahan suspek.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta menambah modal pelaburan sebanyak RM1 juta kononnya bagi membolehkan semua keuntungan dikeluarkan.

Polis menasihati orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Masyarakat juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun yang diterima di pautan semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings