the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PGA rampas tumbuhan hiasan bernilai RM750,000 di Tanah Merah

KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis tumbuhan hiasan dianggarkan bernilai RM750,000 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, Tanah Merah, dekat sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lori berkenaan ditahan pada kira-kira 5 petang menerusi operasi taring wawasan Kelantan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori itu, menemukan sebanyak 40 pokok jenis Fragrea Fragrans, sembilan pokok Juniperus Chinensis, 10 pokok jenis Crescentia Alata dan satu pokok jenis Salix Babylonica yang disyaki mempunyai serangga perosak serta berpenyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun disyaki menjadi penghantar tanaman berkenaan ke nurseri tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167), manakala suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories