the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PH sedia jadi rakan strategik bentuk kerajaan Sabah

Pakatan Harapan sedia jadi rakan strategik bentuk kerajaan Sabah bersama parti lain fokus kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) bersedia menjadi rakan strategik untuk membentuk kerajaan Sabah bersama gabungan parti lain yang mendukung tiga elemen teras perjuangan.

Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga elemen tersebut ialah kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan fokus terhadap kebajikan rakyat.

Beliau berkata walaupun PH hanya bertanding satu pertiga daripada 73 kerusi DUN, isyaratnya jelas bahawa PH bertanding untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Kita akan kerja kuat untuk menyumbang kemenangan, kita akan pertahankan kerusi DUN Inanam dan Api-Api dan kita harap boleh menyumbang kemenangan di Gum Gum, Melalap dan Petagas,” katanya.

Saifuddin berkata demikian semasa berucap pada program Sembang Santai bersama calon PH Gum Gum di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, PH bertanding di 21 kerusi DUN dengan 12 diwakili PKR, lapan DAP dan satu Amanah.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR berkata apabila PH meletakkan wakil di peringkat negeri, ia memudahkan mereka menjalin kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri yang dibentuk selepas 29 November perlu bersedia bekerjasama dengan Persekutuan.

“Sukar untuk membangunkan Sabah sekiranya hubungan antara kedua-dua bermusuhan,” katanya.

Saifuddin berkata hanya semasa pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja peruntukan tertinggi disalurkan kepada Sabah.

Antara peruntukan tersebut ialah RM6.9 bilion untuk pembangunan dan kadar pemberian khas dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM26.7 juta pada 2019.

Rundingan berkaitan pemberian khas berdasarkan 40% hasil Sabah seperti diumumkan Perdana Menteri akan diteruskan selepas kerajaan negeri dibentuk.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasukan keselamatan sentiasa berada pada tahap terbaik dari sudut keanggotaan, aset dan pos kawalan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17.

Tarikh penamaan calon ialah 15 November manakala pengundian awal pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings