the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PH terbuka bekerjasama semua pihak bentuk kerajaan baharu Sabah

Anwar Ibrahim umum PH terbuka bekerjasama semua pihak bentuk kerajaan Sabah selepas PRN, tekankan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri

PUTATAN: Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama dengan semua pihak untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama ini penting untuk memastikan kelangsungan pembangunan di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri diperlukan bagi memajukan Sabah.

“Oleh kerana PH tidak bertanding banyak kerusi, maka PH sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak,” katanya semasa berucap di Karnival Harapan Urang Sabah di sini.

Anwar turut mendedahkan kehadirannya dalam program bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor lebih awal hari ini.

Beliau menjelaskan sokongan diberikan kerana pengalaman bekerja dengan Hajiji yang didapati ikhlas membela rakyat Sabah.

“Saya jumpa dia berpuluh-puluh kali dan dia bukan minta projek untuk dirinya atau minta saham,” katanya.

“Hajiji minta projek tambahan untuk rakyat Sabah. Sebab itu, saya baik dengan dia.”

Anwar berharap kerjasama dapat diteruskan memandangkan kerajaan Sabah memerlukan PH.

Beliau turut menggesa pengundi Putatan memenangkan calon PH Datuk Awang Husaini Sahari di kerusi DUN Petagas.

Perdana Menteri menekankan lawatannya ke Sabah bukan untuk menabur janji baharu.

Sebaliknya, beliau mahu menerangkan usaha kerajaan Persekutuan yang sedang dan sudah dilaksanakan di negeri itu.

Anwar menyenaraikan inisiatif seperti penyelesaian isu air, elektrik, Lebuhraya Pan Borneo dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Ini bukan janji, ini sudah dilaksanakan. Ini sebabnya mengapa saya katakan, kita harus tahu faktanya,” tegasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian PRN Sabah ke-17. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories