the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pihak berkuasa dilarang ancam pemberi maklumat, Albert Tei diminta buat laporan

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat mengenai kelakuan tidak wajar tidak boleh diancam atau disekat oleh pihak berkuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran menegaskan bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) melindungi pemberi maklumat.

Beliau mengulas dakwaan peguam Albert Tei, Mahajoth Singh, yang mendakwa anak guamnya diberi amaran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak tampil ke hadapan berhubung skandal perlombongan di Sabah.

“Dakwaan ini sangat serius dan tidak boleh diterima. Saya menasihati Albert Tei memfailkan laporan kepada polis dan Jawatankuasa Aduan SPRM,“ katanya di Dewan Rakyat.

Kulasegaran memberi jaminan kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dengan ancaman sedemikian.

“Tindakan tegas akan diambil jika dakwaan ini benar,“ tegasnya.

Sementara itu, Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 diluluskan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Kulasegaran menjelaskan jawatankuasa baharu akan dianggotai pakar bebas termasuk wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan akademik.

“Langkah ini memastikan ketelusan dan semak imbang dalam perlindungan pemberi maklumat,“ katanya.

Jawatankuasa ini bersifat sementara sehingga Ombudsman Malaysia ditubuhkan kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata statistik menunjukkan 74,614 aduan kelakuan tidak wajar disiasat dari 2011 hingga 2023, dengan 1,139 pemberi maklumat dilindungi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Thai SELECT Festival Presents “The Savory Thai SELECT Night Market” and Delights Los Angeles with an Authentic Taste of Thailand

LOS ANGELES, USA - Media OutReach Newswire - 28 November 2025 - The Department of International Trade Promotion (DITP), Ministry of Commerce of Thailand, successfully hosted the THAI SELECT FESTIVAL at The Cabana @ Westfield Century City, attracting a strong turnout of attendees eager to explore the rich flavors and cultural charm of Thailand.

Most Viewed

Eden Inc kicks off FY26 with strong Q1 growth driven by energy, tourism segments

Eden Inc Bhd posted a robust start to FY26 with a 56% surge in Q1 revenue to RM54.6 million, supported by strong performances across its Energy and F&B & Tourism segments. Profit after tax climbed 58% to RM7.5 million, reflecting strengthened operational fundamentals. The Energy division remained the key growth engine, boosted by full-capacity output from the Libaran plant, while rising demand and improved pricing lifted the F&B and tourism business. With ongoing plant optimisation and redevelopment plans for Underwater World Langkawi, the group expects to sustain its growth momentum throughout the year.
spot_img

Popular Categories