the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pindaan Akta FINAS fokus pembangunan industri kandungan negara

Pindaan Akta FINAS 1981 bakal beri tumpuan kepada pembangunan industri kandungan, termasuk penggambaran dan penerbitan komersial.

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 yang dibentangkan di Dewan Rakyat memberi tumpuan khusus kepada pembangunan industri kandungan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pindaan itu menumpukan aspek aktiviti penggambaran dan penerbitan kandungan secara komersial.

Di bawah pindaan akta berkenaan, FINAS akan mengurus dan menyelaras Pengeluaran Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta Perakuan Filem Iklan Buatan Malaysia.

BACA: RUU pindaan FINAS 2025 tingkat kuasa, naikkan penalti jenayah filem

Pindaan itu juga akan merangkumi pendaftaran aktiviti penggambaran untuk tujuan pemantauan serta perancangan dasar.

“Pendekatan yang diambil melalui pindaan ini bertujuan memperkemas struktur industri perfileman negara,“ katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menambah ia untuk menyokong kreativiti dan memastikan industri berkembang dalam persekitaran teratur tanpa mengganggu ruang kreatif.

Teo menjawab soalan mengenai rancangan kementerian untuk pindaan Akta 244 berkenaan peraturan kandungan dalam talian.

Pindaan akta itu melibatkan takrifan baharu bagi “filem” meliputi semua jenis kandungan di pelbagai platform.

Ia termasuk platform penstriman atas talian (OTT), media sosial dan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Proses pindaan mengambil kira pandangan industri termasuk pemegang lesen dan persatuan perfileman.

Ia dilakukan melalui siri libat urus, sesi dialog awam dan rundingan bersama pihak berkepentingan.

“Antara perkara yang sering dibangkitkan pemain industri ialah keperluan untuk memperluas jaringan peluang perniagaan,“ katanya.

Mereka juga mahukan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Selain itu, industri mahukan pelaksanaan program peningkatan kemahiran dan pembangunan bakat tempatan secara lebih sistematik. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Uni-Bio Science Joins Forces with WMU NERC and Ouhai District Government to Build Growth Factor Innovation Ecosystem and Accelerate Regenerative Medicine Strategy Layout

HONG KONG SAR - EQS Newswire - 30 December 2025 - Uni-Bio Science Group Limited ("Uni-Bio Science Group", "Uni-Bio" or "the Group") is pleased to announce the official signing of a tripartite strategic cooperation agreement in Wenzhou, Zhejiang, with the National Engineering Research Center for Cell Growth Factor Drugs and Protein Formulations of Wenzhou Medical University ("WMU NERC") and the People's Government of Ouhai District, Wenzhou.
spot_img

Popular Categories