Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PKR Putrajaya buat laporan polis terhadap akaun TikTok provokatif

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat Cabang Putrajaya telah membuat laporan polis terhadap satu akaun TikTok yang didakwa menghasut dan memuat naik kenyataan provokatif berhubung isu Kampung Sungai Baru.

Ketua Penerangan PKR Cabang Putrajaya Mohd Hafiz Osman berkata laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun @rafidahhjibrahim berhubung satu hantaran yang mengajak orang ramai untuk turun padang ke lokasi tersebut pada 11 September.

Beliau menyatakan kandungan tersebut berbentuk provokasi dan boleh mengancam ketenteraman awam serta memecah-belahkan masyarakat.

Kenyataan yang disebarkan melalui platform TikTok itu jelas mengandungi unsur hasutan terhadap penduduk dan orang awam untuk bertindak melawan undang-undang.

Kandungan tersebut juga mengandungi tuduhan liar terhadap pemimpin dan pihak berkuasa tanpa asas fakta serta seruan untuk bertindak ganas terhadap sebarang tindakan penguatkuasaan.

Mohd Hafiz berkata kenyataan itu juga dilihat cuba mencetuskan kebencian dan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Beliau menyeru Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan wajar.

PKR Putrajaya menegaskan komitmen mereka untuk membela hak penduduk Kampung Sungai Baru melalui saluran yang sah dan rundingan yang adil.

Mohd Hafiz menekankan bahawa sebarang perbezaan pandangan harus disuarakan secara bertanggungjawab dan berlandaskan fakta serta undang-undang negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Kejadian ini berlaku selepas polis bersama agensi penguat kuasa melaksanakan operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru susulan arahan mahkamah.

Keadaan tegang berlaku semasa operasi tersebut dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dipercayai terkena balingan batu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

Cyberport Venture Capital Forum 2025 Grand Opening

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - The annual flagship event Cyberport Venture Capital Forum 2025 (CVCF) officially opened today at Hong Kong Cyberport.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img