the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar bertemu Presiden Erdogan, terima anugerah tertinggi Turkiye

PM Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Erdogan, mempengerusikan mesyuarat HLSC dan dianugerahkan Order of the Republic di Turkiye

ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual padat pada hari kedua lawatan rasmi beliau ke Turkiye hari ini, termasuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dijadual berlangsung di Kompleks Presiden, di sini.

Hari ini, Anwar memulakan atur cara dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Industri Pertahanan Turkiye Prof Dr Haluk Gorgun, di sebuah hotel pada sebelah pagi.

Perdana Menteri seterusnya dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk “Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye” kepada golongan profesional, akademik, pegawai kanan Turkiye serta pelajar.

Usai sesi berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menerima sambutan rasmi sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Erdogan di Kompleks Presiden.

Kedua-dua pemimpin seterusnya akan mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye sebelum sidang media bersama pada sebelah petang.

Anwar turut akan dianugerahkan pingat tertinggi Turkiye, Order of the Republic, sebagai penghargaan terhadap peranannya dalam memperkukuh hubungan dua hala.

Lawatan hari kedua akan diakhiri dengan jamuan makan malam rasmi yang dianjurkan oleh Erdogan bagi meraikan kedatangan Anwar dan delegasi Malaysia.

Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan rasmi hingga esok itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, yang telah terjalin sejak sekian lama.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion) dan republik itu terus menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia.

Pada 2024, Turkiye merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (USD5.28 bilion).

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories