the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar galak aktivis sosial terus suara pandangan untuk pembangunan negara

PM Anwar Ibrahim galakkan aktivis sosial terus aktif menyuarakan pandangan bagi perubahan positif, jadikan S.M. Mohamed Idris sebagai teladan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan aktivis sosial untuk terus aktif menyuarakan pandangan demi membawa perubahan positif terhadap pembangunan negara.

Beliau menegaskan peranan aktivis sosial tidak boleh dipandang remeh dalam usaha membangunkan negara yang adil tanpa mengabaikan mana-mana lapisan masyarakat.

“Namun gerakan aktivis mestilah disusun dengan bijaksana, bukan membawa suara kebencian, sinis, memperbodohkan orang lain atau hanya menuding jari,” katanya.

Anwar berkata aktivisme sosial tidak semestinya bersikap politik keras, tetapi melihat peranan individu yang mampu membawa perubahan kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran buku The Man Who Could Move Mountains: Reflections on the Social Activism of S.M. Mohamed Idris di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

Anwar turut menjadikan tokoh S.M. Mohamed Idris, bekas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sebagai contoh keteguhan seorang aktivis sosial.

“Uncle Idris tidak berpolitik keras, tetapi pandangannya terhadap negeri, negara dan keadilan tetap tegas.

“Sosok SM Idris inilah teladan. Boleh senyum, berbaik dengan semua, tapi tidak pernah berganjak dalam isu pokok dan prinsip,” kata Perdana Menteri.

Beliau menambah bahawa negara memerlukan keberanian, keteguhan dan kesederhanaan hidup seperti S.M. Mohamed Idris. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

tridorian Takes Southeast Asian Innovation Global with the U.S. Launch After Breaking $15.6M ARR in 24 Months

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - tridorian, the region's premier people-centric Google Cloud Partner, today announced its official launch into the United States with a new regional headquarters in Chicago.
spot_img

Popular Categories