the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar gesa kerjasama semua pihak jadikan Malaysia negara hebat

PM Anwar Ibrahim mahu semua kepimpinan bekerjasama fokus kepada ekonomi untuk jadikan Malaysia negara hebat di persada dunia

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kepimpinan negara dan negeri bekerjasama dengannya dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara hebat di persada dunia.

Beliau berkata kerajaan kini memfokuskan kepada kekuatan ekonomi sebagai agenda utama negara.

“Fokus saya adalah untuk memastikan kejayaan negara ini sebagai sebuah negara hebat dengan kekuatan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Persatuan Industri Sabah.

Anwar menegaskan Malaysia perlu berkawan dengan semua negara untuk berjaya dalam ekonomi tanpa mengira pandangan pihak lain.

Beliau menyifatkan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sebagai bukti kemampuan Malaysia menghimpunkan negara anggota ASEAN serta kuasa ekonomi global.

“Malaysia ialah sebuah negara berdaulat dan setiap keputusan saya mesti melindungi kepentingan rakyat serta ekonomi Malaysia,” tegasnya.

Perdana Menteri menekankan kepentingan keamanan dan kestabilan negara untuk perkembangan sektor perniagaan.

Beliau memberi amaran negara akan mengalami kerugian besar sekiranya wujud perselisihan politik di peringkat pusat atau negeri.

“Saya tidak akan bertoleransi dan akan menggunakan kuasa untuk mentadbir negara dengan baik serta melindungi rakyat,” katanya.

Anwar turut menyeru kepimpinan Sabah bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau menegaskan tumpuan utama kini bukan kepada politik perkauman atau pertikaian antara negeri dan Persekutuan.

“Saya nak pastikan semua bekerjasama, pastikan pimpunan boleh bawa mesej Sabah dan fokus kepada ekonomi,” ujarnya.

Hanya dengan perpaduan antara negeri dan pusat, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara dapat dicapai menurut Anwar.

Beliau mengingatkan perniagaan dan pelaburan tidak akan berkembang tanpa keamanan dan persefahaman nasional yang kukuh. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

1wish Season with Santa Jones – Christmas Advents by 1win and Jon Jones

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire – 3 December 2025 – Four weeks before Christmas, 1win has launched an Advent Calendar in partnership with its global brand ambassador Jon Jones, the legendary MMA champion.
spot_img

Popular Categories