the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
27.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar gesa rakyat hargai keamanan Malaysia iktibar krisis luar

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh lapisan rakyat supaya sentiasa menghargai nikmat keamanan serta perpaduan yang dikecapi di negara ini.

Beliau berkata Malaysia masih jauh lebih aman berbanding banyak negara lain dan pelbagai krisis termasuk peperangan serta rusuhan rakyat perlu dijadikan sebagai iktibar.

“Kita bersyukur betul, alhamdulillah. Kalau dibandingkan dengan banyak negara lain, Malaysia jauh lebih aman. Rusuhan berlaku di mana-mana,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di sini.

Merujuk kepada situasi di Palestin, Ukraine dan insiden penembakan di Utah, Amerika Syarikat yang berlaku dua hari lepas, beliau berkata insiden itu merupakan contoh bahawa dunia ini sedang bergolak.

“Dunia sekarang kucar-kacir, peperangan di Palestin, Ukraine, penembakan di Utah. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat terus kekalkan keamanan dan perpaduan yang kita miliki,” kata beliau.

Sementara itu Anwar berkata agensi dan jabatan agama Islam perlu tampil sebagai pencetus serta penggerak utama dalam pembangunan negara ke arah masa depan yang lebih hebat.

Beliau berkata usaha itu termasuk melaksanakan transformasi ke arah digitalisasi dan penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

“Saya minta supaya semua dasar negara, termasuk program pembangunan desa hingga ke bidang digital dan AI, perlu mengambil input daripada sudut pandangan Islam,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

FG Gold, AFC and Afreximbank reach financial close on US$330 million senior debt financing for Baomahun Gold Project

FG Gold has closed US$330 million in senior debt financing with AFC and Afreximbank, fully funding the development of Sierra Leone’s Baomahun Gold Project. Combined with earlier investments, total DFI support reaches US$430 million. The project is set to become one of Africa’s major new gold mines, creating jobs, supporting local communities, and contributing significantly to Sierra Leone’s economic growth.
spot_img

Popular Categories