Wednesday, October 29, 2025
24.5 C
Malaysia
spot_img

PM Anwar hargai petugas dan rakyat Malaysia jayakan pengerusian ASEAN

The Sun Webdesk

PM Anwar rakam penghargaan kepada semua petugas dan rakyat Malaysia atas kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan rakyat Malaysia atas kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata kejayaan itu merupakan hasil kerja keras semua petugas, agensi kerajaan, dan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.

“Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu tidak akan berhasil tanpa jasa, bakti dan keringat kesemua terlibat yang menjalankan amanah sebaiknya,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi kerajaan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, sukarelawan dan petugas media atas komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

“Perdana Menteri juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas dukungan dan kesabaran yang diberikan sepanjang proses diplomasi itu berlangsung.

“Bagi pihak Perdana Menteri, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya terdapat kekhilafan dan kekurangan sepanjang Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN 2025,” katanya.

Tunku Nashrul berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 merupakan perhimpunan pemimpin terbesar dan berprofil tinggi ASEAN setakat ini.

Kehadiran kesemua pemimpin ASEAN, sembilan Rakan Dialog, dan empat Tetamu Pengerusi mencatat sejarah tersendiri bagi sidang kemuncak kali ini.

Beliau berkata kejayaan itu membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, ini kali kelima Malaysia menggalas tanggungjawab selaku pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina semalam, menandakan peralihan kepimpinan bagi 2025. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

XTransfer Returns to Hong Kong FinTech Week and Singapore FinTech Festival 2025

XTransfer, World's Leading B2B Cross-Border Trade Payment Platform,will participate this year in two world-class fintech events simultaneously, Hong Kong FinTech Week 2025 and Singapore FinTech Festival 2025.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img