the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar ingatkan penduduk kawasan banjir patuh arahan pindah

Perdana Menteri ingatkan penduduk kawasan berisiko banjir patuh arahan pindah, sementara NADMA dan SMART dikerahkan ke tujuh negeri terjejas

BANJIR: PENDUDUK DI KAWASAN BERISIKO DIINGATKAN BERWASPADA, PATUH ARAHAN – PM ANWAR

KUALA LUMPUR: Biarpun berada jauh di Kenya untuk lawatan tiga hari di benua Afrika, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap prihatin dengan keadaan banjir yang semakin memburuk sehingga menjejaskan tujuh negeri melibatkan lebih 15,000 mangsa ketika ini.

Anwar menerusi catatan di Facebooknya mengingatkan penduduk di kawasan berisiko untuk kekal waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa terutama apabila diminta segera berpindah selain menjadikan keselamatan keluarga sebagai keutamaan.

“Menurut laporan yang saya diterima, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama semua aset agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas bagi menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap, di samping memastikan bantuan segera sampai kepada semua mangsa.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga telah dikerah ke Kelantan yang paling teruk terkesan, serta bersedia ke negeri-negeri lain bagi mempercepat operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di lapangan,” katanya.

Pada masa sama, katanya kerajaan turut menggerakkan Skuad Ihsan MADANI ke semua kawasan terjejas untuk membantu menguruskan kebajikan mangsa banjir di hampir 100 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di tujuh negeri.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa banjir dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dilindungi daripada sebarang kemudaratan serta dipermudahkan dalam menghadapi ujian tersebut. 

Kelantan merupakan negeri paling terjejas dengan mangsa dilaporkan hampir mencecah 10,000 orang malam ini, diikuti Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings