the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar: Rombakan Kabinet tonjolkan pemimpin muda

Rombakan Kabinet memberi peluang kepada pemimpin muda sambil kekalkan kestabilan kerajaan, kata Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet bertujuan menyuntik pembaharuan dengan memberi penekanan kepada pemimpin muda.

Ia juga bagi memastikan kestabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa menteri dan timbalan menteri baharu terdiri daripada kepimpinan generasi kedua dan ketiga.

Kebanyakannya berusia lingkungan 30-an dan 40-an, malah ada yang lebih muda.

Beliau berkata pelantikan individu baharu kebanyakannya menumpukan kepada pemimpin muda.

Antara mereka ialah Dr Mohammed Taufiq Johari, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Datuk Mustapha Sakmud dan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk kita tonjolkan mereka,” katanya pada Taklimat Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa hari ini.

“Pada awalnya saya tidak dapat lakukan perkara ini kerana mahu memastikan gabungan parti dapat diperkukuh dan disatukan.”

Anwar berkata beliau kini merasakan kerajaan sudah kuat. “Jadi, biarlah mereka (pemimpin muda) diberi peluang,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri.

Ia termasuk pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai usaha penyusunan semula.

Anwar berkata mesyuarat Kabinet pertama hari ini mencerminkan kesediaan kerajaan untuk mengakui kelemahan.

Ia juga mengambil kira harapan rakyat yang semakin tinggi terhadap penambahbaikan.

“Bagaimanapun, adakah saya benar-benar berpuas hati dengan prestasi mereka? Mereka juga boleh menilai saya.

Saya sendiri ada keterbatasan,” katanya.

Beliau menekankan kepentingan memastikan kerajaan stabil.

“Jika diberi peluang dan kuasa sepenuhnya, saya pasti bertindak berbeza, tetapi saya berada dalam gabungan kerajaan. Saya mahu pastikan kerajaan stabil. Ia sangat penting,” kata Anwar.

Mengenai Kabinet baharu, Anwar berkata beliau mahu barisan menteri dan timbalan menteri memperbaiki prestasi mereka.

“Jadi untuk 2025, peringatan (untuk) Menteri (ialah) dengar dan yang munasabah (masalah) cuba selesaikan,” katanya.

Beliau menasihatkan menteri-menteri untuk mendengar dengan baik dan cuba perbaiki prestasi.

“Itu yang saya nasihatkan petang tadi,” kata Anwar.

Related

spot_img

Latest

Iranian boxer faces imminent execution after retrial rejected

Iranian boxer Mohammad Javad Vafaei-Sani is at imminent risk of execution after his retrial request was rejected, sparking international condemnation from athletes and rights groups.

Most Viewed

Iranian boxer faces imminent execution after retrial rejected

Iranian boxer Mohammad Javad Vafaei-Sani is at imminent risk of execution after his retrial request was rejected, sparking international condemnation from athletes and rights groups.
spot_img

Popular Categories