Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada 11.30 pagi ini, disiarkan langsung di TV dan media sosial
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada 11.30 pagi ini.
Beliau akan menyampaikan perutusan itu dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri.
“Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di semua saluran stesen televisyen tempatan.
Ia juga akan disiarkan di laman Facebook Perdana Menteri.








