the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar tekankan teknologi mesti selari dengan jati diri dan warisan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kemajuan teknologi perlu seiring dengan pengukuhan jati diri, sejarah dan warisan budaya negara

KUALA LUMPUR: Penguasaan teknologi baharu untuk memajukan negara perlu dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuh jati diri, sejarah serta warisan budaya tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha pemuliharaan bangunan warisan seperti Seri Negara bukan sekadar kerja fizikal memelihara struktur bersejarah.

Beliau menyatakan ia merupakan proses memaknai semula erti kemerdekaan dan pembinaan identiti nasional bagi generasi muda.

Anwar berkata bangunan yang pernah menjadi simbol kemegahan kuasa penjajah itu perlu dimanfaatkan sebagai milik seluruh rakyat Malaysia.

“Gedung-gedung atau bangunan bersejarah ini menjadi pilihan golongan elit penguasa tidak menjadi masalah, namun jangan sampai menghalang penduduk biasa daripada menikmati kemudahan yang sama,” katanya.

Beliau menegaskan pendekatan ini menunjukkan Seri Negara adalah milik negara secara keseluruhan merangkumi nilai sejarah, seni, budaya dan sastera.

Anwar berkata ia selaras dengan konsep keterangkuman negara MADANI.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara di ibu negara.

Kerajaan juga melancarkan Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL), satu inisiatif untuk memulihara dan menghidupkan semula aset sejarah sebagai pemacu ekonomi dan ruang komuniti.

Inisiatif ini selaras dengan visi untuk mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih, maju dan mesra alam.

Warisan KL dijangka mampu menjana RM7.85 bilion menjelang tahun 2035.

Antara lokasi utama yang terlibat ialah Kawasan Warisan Dataran Merdeka, Seri Negara, Merdeka 118, Memorial Tun Abdul Razak dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemuliharaan Seri Negara membuktikan pembangunan berasaskan pelaburan tinggi boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan nilai sejarah.

“Pendekatan ini menolak tanggapan bahawa kemajuan ekonomi semestinya membawa kepada penghakisan warisan,” katanya.

Beliau menegaskan pendekatan itu wajar dijadikan model untuk projek pemuliharaan warisan lain di seluruh negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha berterusan penting untuk memastikan bandar tidak menjadi “gersang budaya”.

Beliau menekankan keperluan bandar berkembang sebagai persekitaran lestari, hijau dan berjiwa untuk rakyat.

Menerusi Belanjawan 2026, Khazanah Nasional memperuntukkan RM600 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah Seri Negara.

Seri Negara yang dahulunya dikenali sebagai Carcosa Seri Negara dibina pada 1896 oleh Sir Frank Swettenham.

Bangunan itu dijadikan kediaman rasminya sejak 1904 dan pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Most Viewed

spot_img