the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM nafi keputusan tidak rayu 40% hasil Sabah kaitan PRN

Perdana Menteri jelaskan keputusan tidak rayu tuntutan 40% hasil Sabah dibuat hasil mesyuarat bersama, bukan kaitan PRN Sabah 29 Nov

KUALA LUMPUR: Pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil diperoleh daripada Sabah dibuat secara berasingan dan tidak termasuk dalam mana-mana peruntukan lain dalam dokumen belanjawan yang diterima oleh negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam merangka belanjawan negara, ia dibuat berdasarkan peruntukan tetap mengikut Jadual Persekutuan, Negeri dan Senarai Bersama.

“Tetapi apa yang kita lakukan (dalam Belanjawan 2026) banyaknya lebih daripada (peruntukan tetap) itu, seperti saya sebut tadi, termasuk elektrik, projek Lebuhraya Pan Borneo serta saluran yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Itu sahaja sudah RM7 bilion hingga RM8 bilion… jadi, kalau memikirkan keperluan 40 peratus itu (pemberian khas), tentu kita kena lihat belanjawan secara keseluruhannya.

“Jadi, sebab itulah rundingan ini penting supaya kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat menerimanya mengikut Jadual Negeri atau tanggungjawab Persekutuan… bila ini diputuskan, kita boleh kira bagaimana kelebihan 40 peratus,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mempersoalkan sama ada pemberian khas itu ada hubungan silang dengan peruntukan lain diterima Sabah serta takrif hasil bersih yang menjadi hak negeri berkenaan.

Mengenai takrif hasil, Perdana Menteri berkata apa yang disediakan oleh Kementerian Kewangan, sebahagiannya membabitkan cukai langsung dan cukai tak langsung, hasil bukan cukai serta hasil petroleum.

Perdana Menteri berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa pembahagian hasil petroleum dibuat berdasarkan perkiraan 95 peratus diberikan kepada Kerajaan Persekutuan manakala bakinya untuk kerajaan negeri juga tidak tepat.

“Ada orang anggap hasil petroleum lima peratus untuk negeri, 95 peratus untuk kita…perkiraan itu tidak tepat kerana ada (faktor) pelaburan, hutang dan usaha sama Petronas… tetapi kita terbuka untuk membuka maklumat untuk rundingan.

“Berapa cukai langsung, umpamanya pada 2024 sebanyak RM58 bilion dan cukai tidak langsung RM1.5 bilion, itu semua dimasukkan (dalam perkiraan)… untuk perbelanjaan yang kita sediakan, pada 2021 RM12 bilion yang diperuntuk Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, 2025 RM17.3 bilion dan untuk 2026 RM17.6 bilion, iaitu yang tertinggi,” katanya.

Anwar berkata kerajaan bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Sabah bahawa pemberian khas 40 peratus itu mestilah daripada hasil yang tidak mengambil kira tanggungjawab langsung kerajaan, terpulang kepada rundingan di antara negeri dengan Persekutuan secara baik dan semangat muafakat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Anwar lancar dua inisiatif baharu perkuat jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan program Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memperkasakan komuniti akar umbi.

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories