the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.

Timbalan Ketua Polis Keningau DSP Alizam Dalaman berkata dalam kejadian 9.40 malam itu mangsa merupakan jiran kepada suspek.

Beliau berkata isteri dan anak suspek telah melarikan diri ke rumah mangsa selepas berlaku pertengkaran antara suami isteri itu.

“Isteri suspek meminta bantuan daripada mangsa supaya dihantar ke Balai Polis Keningau tetapi mangsa telah berjumpa dengan suspek sebelum berlaku pergaduhan,“ katanya.

Alizam berkata ekoran pergaduhan itu, suspek menetak mangsa menggunakan objek tajam menyebabkan berlaku pendarahan yang teruk.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau mana-mana balai berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings