the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis buru suspek utama kes bunuh di Mantin

Polis Nilai buru seorang lagi suspek utama kes bunuh lelaki ditikam 12 kali di pangsapuri Mantin, suspek dilihat di CCTV sebelum kejadian.

NILAI: Polis memburu seorang lagi suspek utama bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Mantin.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman CCTV di sekitar kawasan itu pada malam 28 Disember.

“Maklumat kami terima daripada pengawal keselamatan, suspek sebelum itu ada bertanyakan lokasi rumah mangsa dan keluar dari lokasi itu tiga jam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek dilihat memakai pelitup muka dan baju berhud dalam rakaman tersebut.

Johari berkata pihak polis sedang giat mengesan individu itu untuk membantu siasatan.

Terdahulu, dua lelaki tempatan telah direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Johari berkata pihaknya akan memohon sambungan reman terhadap kedua-dua suspek itu.

Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia 30-an itu ditikam 12 kali.

Kesan tikaman ditemui pada bahagian belakang kepala, dada serta leher mangsa.

Mayat mangsa ditemui di pangsapuri berkenaan pada 30 Disember lepas.

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories