the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli – Allaudeen

KUALA LUMPUR: Polis hampir melengkapkan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang menyebabkan seorang pelajar melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini pihaknya telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah itu.

Alaudeen berkata setakat ini siasatan polis juga tidak menemukan sebarang pengabaian daripada pihak ibu bapa pelajar berkenaan.

“Ada beberapa individu lagi yang akan dirakam percakapan mereka sebelum pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 20 Dis lepas Allaudeen mengesahkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama didakwa akibat dibuli pelajar lain pada 8 Dis lepas.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis.

Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan mengesahkan anak beliau telah dirakam percakapan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Dis lepas.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings