the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis kesan lelaki pukul pemandu dengan kayu hingga cedera di Johor Bahru

Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki memukul pemandu kereta dengan kayu hingga cedera di Jalan Utama Lingkaran Dalam, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki memukul seorang pemandu kereta menggunakan kayu sehingga cedera di Jalan Utama Lingkaran Dalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang penjaga stor berusia 53 tahun dari Singapura.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila suspek berang kerana mangsa memandu hampir melanggar motosikalnya ketika keluar dari sebuah stesen minyak.

“Suspek kemudian turun daripada motosikal dan memukul tangan mangsa menggunakan sebatang kayu,” katanya.

Mangsa dilaporkan mengalami luka dan bengkak di tangan kanannya.

Raub berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis.

Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 14 saat tular memaparkan kejadian itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories