the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan pemilik kenderaan tabur paku di jalan raya

IPOH: Polis sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.

“Polis menerima satu laporan polis daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05- 3629050.

Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings