Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi dakwaan culik kanak-kanak perempuan di Ajil

Polis Hulu Terengganu sahkan dakwaan penculikan murid perempuan di Ajil tidak benar, mangsa selamat dan insiden akibat cuaca gelap dan hujan

KUALA BERANG: Polis menafikan berlakunya kes penculikan melibatkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di sekitar Ajil, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata siasatan mendapati kanak-kanak perempuan tahun tiga itu dihantar ke sekolah oleh bapanya kira-kira 6.35 pagi.

Beliau berkata keadaan persekitaran yang gelap dan hujan lebat menyebabkan murid terbabit ketakutan lalu menangis di hadapan pintu pagar sekolah.

“Mangsa ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada murid lain di sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Wanita tersebut menawarkan untuk membantu menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumahnya dengan menaiki kereta.

Ketika di pertengahan jalan, murid tersebut meminta wanita berkenaan menurunkannya di tepi jalan dan berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Jongak Star, Ajil.

Sharudin berkata ibu murid berkenaan telah membuat laporan polis bagi menafikan terdapat unsur penculikan dalam kejadian terbabit seperti yang tular melalui laman sosial.

Menurut beliau, pemeriksaan juga mendapati murid itu dalam keadaan baik dan sihat.

“Polis mengingatkan kepada semua ibu bapa dan pihak sekolah supaya peka serta menitikberatkan keselamatan anak-anak pelajar bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh menggugat kegusaran awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AI legislative framework to be presented in June 2026

Digital Minister Gobind Singh Deo announced the AI legislative framework will be presented to Cabinet in June 2026, focusing on balanced regulation that promotes innovation while addressing risks.

Most Viewed

ONYX Hospitality Group Launches ‘Beyond the Festivities’ Campaign for the 2025 Holiday Season

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 -ONYX Hospitality Group, one of the leading regional players in Southeast Asia, is delighted to announce the launch of its 2025 holiday season campaign, "Beyond the Festivities."
spot_img

Popular Categories