the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis rakam keterangan Khairy hari ini

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin petang ini, berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan merakam keterangan itu di Damansara, Selangor susulan laporan polis yang dibuat Jumaat lepas terhadap dakwaan Khairy.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Jumaat lepas, Datuk Suraya Yaacob iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa membuat laporan polis, masing-masing di Putrajaya dan Sentul.

Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara.

Suraya memaklumkan menerusi artikel dalam Malaysiakini, Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan berkenaan.

“Penggunaan perkataan ‘complicit’ adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika.

“Ia juga membayangkan secara sedar telah membantu, menyokong atau membenarkan perbuatan menyalahi undang-undang terbabit berlaku,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories