the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru

IPOH: Polis telah merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul oleh guru seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Dis lepas.

Beliau berkata wanita berusia 40 tahun itu kemudiannya menarik semula laporan polis yang dibuat pada keesokan harinya kerana enggan memanjangkan kes tersebut.

“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu sekali lagi tampil membuat satu laporan polis memohon pihak polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki terbabit,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Justeru, Juna meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Katanya sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan (IPD) Kerian di talian 05-721 2222.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk gurunya sehingga mengalami gegaran dalam telinga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories