the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung beberapa ekor kucing yang ditemukan mati dalam tong sampah di Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun kira-kira pukul 4.29 petang.

“Pada pukul 5.20 petang semalam, pihak polis terkesan satu video tular melalui media sosial memaparkan kejadian beberapa ekor kucing ditemukan mati dan dibuang ke dalam tong sampah. Kami turut menerima laporan polis berhubung insiden berkenaan.

“Laporan polis itu telah diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 29 saat memaparkan seorang individu merakam video dipercayai lebih 10 ekor kucing dalam bungkusan plastik hitam yang dibuang ke dalam tong sampah besar di tepi jalan.

Sementara itu, Pengarah JPVPP Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah turun ke lokasi penemuan bangkai kucing itu untuk menjalankan siasatan awal.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mendapatkan bukti-bukti berhubung kejadian itu dan mengetahui punca sebenar (kematian kucing-kucing),” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings