the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
29.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis sahkan tiada jenayah dalam kes mayat wanita lemas di Pengerang

Polis Kota Tinggi mengesahkan tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat wanita warga asing di pantai Pengerang, dengan punca kematian disahkan lemas.

KOTA TINGGI: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes penemuan mayat seorang wanita di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah lemas.

Beliau berkata wanita itu dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai tanda suntikan imunisasi Bacillus Calmette Guerin (BCG).

“Bagaimanapun, identiti dan warganegara mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan.

Polis menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 10.40 pagi semalam berhubung penemuan mayat itu.

Media sebelum ini melaporkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanan mangsa.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories