the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas sindiket penipuan dalam talian, 57 ditahan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis lumpuh sindiket penipuan dalam talian selepas serbu 8 pusat panggilan, tahan 57 individu termasuk 5 warga tempatan di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian selepas menyerbu lapan pusat panggilan dalam beberapa operasi berasingan.

Serbuan dijalankan di sekitar ibu negara dari 10 hingga 14 November lalu, mengakibatkan 57 individu ditahan termasuk lima warga tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata operasi dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur dengan kerjasama peringkat daerah dan kontinjen.

BACA: Polis tumpas dua sindiket penipuan dalam talian, tahan 24 suspek

“Kesemua yang ditahan termasuk 52 warga asing itu berumur dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Mereka merupakan pekerja sindiket yang terlibat dalam pelbagai modus operandi penipuan.

Aktiviti tersebut termasuk penipuan tawaran kerja tidak wujud serta pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat tempatan dan luar negara.

Kesemua tangkapan telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat dalam kegiatan penipuan dalam talian.

Mereka juga didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan berkaitan dokumen perjalanan warga asing.

Fadil berkata polis akan terus mempergiat operasi bagi memastikan sindiket penipuan dalam talian dapat dibanteras sepenuhnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan,” katanya.

Masyarakatakat diminta melaporkan sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau balai polis berdekatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings