the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan dua individu kesan video tular tudung minum arak

Polis tahan lelaki dan wanita tempatan bantu siasatan video tular individu bertudung minum arak, siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan individu bertudung minum minuman keras.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar (gambar) berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di kawasan Subang Jaya.

Siasatan awal mendapati individu yang memakai tudung dan minum arak dalam rakaman video tersebut adalah seorang lelaki.

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video terbabit dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja tidak menjaga sensitiviti keagamaan dan mewujudkan suasana tidak harmoni.

Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

Mereka juga diminta mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan, khususnya melibatkan isu 3R.

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories