the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
30 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan lelaki China pasang Jalur Gemilang terbalik

Polis Johor tahan lelaki warga China kerana disyaki memasang bendera Malaysia terbalik di sebuah premis di Senai, siasatan dijalankan di bawah beberapa akta.

KULAI: Polis menahan seorang lelaki warga China yang dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City di sini.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang semalam.

“Kita turut merampas sehelai bendera Malaysia dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta ujian saringan awal air kencing negatif,” katanya.

Ab Rahaman berkata suspek direman tiga hari bermula hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kenyataan berbaur provokasi berkaitan isu ini melalui mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 16 saat tular di laman sosial memaparkan sebuah kilang di Senai memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Launching Here Soon, First Batch Of Made-In-Malaysia GWM Wey G9 Exported To Thailand

GWM Malaysia will be launching the locally-assembled (CKD) GWM Wey G9 MPV here on 29 January 2026. However, prior to that, the first shipment of the Wey G9 exported to Thailand has safely arrived on the shores of our northern neighbours.No time was wasted by GWM Malaysia as the pioneering batch was loaded for shipment shortly after CKD units begun rolling off the assembly lines at the EP Manufacturing (EPMB) plant in Malacca, GWM Malaysia’s CKD partner.
spot_img

Popular Categories