the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan lelaki ugut pemandu van dengan objek seperti pistol

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki ugut pemandu van menggunakan objek menyerupai pistol di Rawang, dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

RAWANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengugut seorang pemandu van menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Perodua Sungai Choh semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 2 petang.

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah kemudian menahan suspek berusia 54 tahun itu pada 10.45 malam di Jalan Cempaka, Bukit Sentosa.

Polis turut merampas beberapa barang termasuk satu hoster pistol hitam bertulis ‘Micro’ dan sebuah motosikal.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod membabitkan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan ujian air kencing pula mendapati suspek negatif.

Suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 6 Dis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personalizing The Hong Kong Stay Experience With Dorsett Kai Tak’s ‘3 Wishes’ Package

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 January 2026 - Dorsett Kai Tak, Hong Kong invites travellers to personalize their Hong Kong stay with the Dorsett 3 Wishes Room Package. Guests can enjoy up to 25% savings on a two‑night stay while choosing THREE perks from a list of nine, tailored to their travel purpose—whether for leisure or business—combining modern luxury with authentic local experiences.
spot_img

Popular Categories