the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan pemandu SUV mewah pandu bahaya di LPT

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Pemandu lelaki 32 tahun ditahan polis selepas video SUV mewah dipandu bahaya dengan tayar pecah di Lebuhraya Sungai Besi tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun yang didakwa memandu kenderaan utiliti sukan mewah secara berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi.

Kejadian itu tular di media sosial selepas dirakam oleh seorang penunggang motosikal semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan.

Polis melakukan ujian saringan air kencing dan Evidential Breath Analyzer terhadap individu tersebut.

Ketika disoal siasat, pemandu lelaki itu memberikan alasan tayar kendarannya pecah akibat terlanggar lubang.

Memandangkan kediamannya berdekatan, dia bertindak memandu terus kenderaannya untuk pulang ke rumah.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan sebuah Range Rover Velar dipandu dalam keadaan berbahaya dengan tayar belakang sebelah kanan pecah sehingga menampakkan rim.

Mohd Zamzuri meminta saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img