the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan suspek cubaan rompak di Bentong

Polis tahan lelaki tempatan disyaki cuba merompak rumah di Bentong, gagal melarikan harta dan dikesan positif dadah metamfetamina.

BENTONG: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam cubaan merompak sebuah kediaman di Taman Bentong Makmur pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek diberkas pada hari kejadian kira-kira jam 11 malam di kawasan premis perniagaan berdekatan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada suami mangsa pada 4 Disember, memaklumkan seorang lelaki tidak dikenali telah memasuki rumah mereka.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memanjat pagar rumah jiran yang kosong sebelum memasuki kediaman mangsa melalui balkoni tingkat satu.

“Ketika menyedari mangsa berada bersendirian di ruang tamu, suspek bertindak memaut leher dan menutup mulut mangsa dari arah belakang sebelum berlaku pergelutan,” katanya.

Suami mangsa yang pulang ke rumah telah membantu dan bergelut dengan suspek, namun lelaki itu berjaya melarikan diri menerusi balkoni.

Suspek dilaporkan gagal melarikan sebarang barangan berharga, manakala mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan leher.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Suspek direman lima hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

Adverdize Reports Growing Demand for Digital Transformation Among Singapore SMEs

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Digital transformation has become an increasingly common priority among small and medium-sized enterprises (SMEs in Singapore), according to observations shared by Adverdize following a series of interviews with local businesses across retail, services, and professional sectors.
spot_img

Popular Categories