the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings