the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis, TNB potong bekalan elektrik 10 premis judi dalam talian

SERDANG: Polis hari ini bertindak memotong bekalan elektrik melibatkan 10 premis termasuk sebuah rumah kedai yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sekitar Puchong dan Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata pemotongan elektrik itu dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Seksyen 21A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Berdasarkan risikan dan maklumat orang awam, polis percaya premis-premis ini merupakan satu sindiket yang sama namun didaftarkan atas nama individu-individu berbeza.

“Hasil pemantauan TNB pula mendapati wujudnya pemasangan elektrik secara haram yang dibuat oleh premis-premis berkenaan,” katanya pada sidang media Ops Pemotong Bekalan Elektrik di Taman Kinrara di sini hari ini.

Anbalagan berkata sindiket premis judi dalam talian itu masih berdegil apabila terus beroperasi meskipun sudah diserbu oleh pihak polis.

Sementara itu, beliau berkata polis menahan 29 individu termasuk sembilan warga asing menerusi Ops Dadu di 19 premis perjudian dalam talian sejak Julai sehingga 19 Jan lepas.

“Turut dirampas sepanjang operasi berkenaan adalah 107 tablet, tujuh telefon bimbit dan wang tunai RM4,500,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings