the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Positif Covid: Hishammuddin jalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif Covid-19, semalam.

Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter hari ini memaklumkan walaupun beliau mengalami gejala akibat jangkitan itu, kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.

“Saya terima banyak mesej ucapan dan doa sejak semalam. Saya mohon maaf tidak dapat balas semuanya. Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat dan doakan kesembuhan saya. Semoga dimakbulkan Allah SWT. insya-Allah,” katanya.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan semalam memaklumkan Hishammuddin yang telah menerima dos penggalak disahkan positif Covid-19, sedang menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan itu juga memaklumkan Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai sepanjang tempoh itu. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings