the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PRK Ayer Kuning: Calon bertanding antara pengundi terawal tunai tanggungjawab

TAPAH: Tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini menjadi antara pengundi terawal yang menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Lok, Ayer Kuning, di sini, sejurus pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan selesai mengundi kira-kira lapan minit kemudian.

Calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, 44, bersama isteri Rabiah Abdul Aziz, 44, dan ibu bapanya pula selesai mengundi kira-kira 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) tiba di SK Sungai Lesong pada 8.47 pagi untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.

Tinjauan Bernama mendapati pengundi kali pertama hingga warga emas mula tiba di pusat mengundi seawal 7.30 pagi dalam keadaan cuaca mendung.

Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Daripada jumlah itu, 18 pusat mengundi akan dibuka hingga 6 petang, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories