the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Lamag catat 55.16% keluar mengundi setakat 3 petang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seramai 7,455 pengundi atau 55.16% telah keluar mengundi dalam PRK DUN Lamag setakat 3 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya

KINABATANGAN: Seramai 7,455 pengundi atau 55.16% telah menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag setakat 3 petang ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, daerah mengundi Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.61%.

Ia diikuti oleh Balat (59.35%), Buang Sayang (57.31%), Bukit Garam (56.14%), Usaha Jaya (54.66%) dan Kota Kinabatangan (52.94%).

Kesemua sembilan pusat mengundi yang mengandungi 30 saluran telah dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Sebanyak 13,515 pengundi berdaftar berpeluang melaksanakan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.

Kesemua pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang.

PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Ismail Ayob dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan.

PRK Parlimen Kinabatangan pula menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan Goldam Hamid yang Bebas.

Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings