the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN: PH, BN atur strategi ampuh untuk raih kemenangan di enam negeri – Anwar

PERMATANG PAUH: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengatur strategi yang ampuh sekali gus mengumpul kekuatan akar umbi parti masing-masing bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarat lain bagi dua gergasi politik tanah air itu untuk meraih kemenangan ialah dengan mengerah seluruh jentera parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini pesan saya, Umno ada pangkalan di kampung-kampung, DAP ada pangkalan di bandar, PKR campur-campur sikit. Kalau PH dan BN ini ada strategi yang ampuh, kumpul kekuatan akar umbi dia untuk masa depan.

“Tiada siapa yang mampu goyahkan kedudukan kita, percayalah, tiada siapa yang boleh goyangkan kita,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta para pemimpin BN dan PH.

Presiden PKR itu percaya dan yakin gabungan gergasi PH-BN akan menempa sejarah dengan keputusan luar biasa di Pulau Pinang.

Beliau berkata buat julung kalinya, PH yang sebelum ini memerintah dan BN sebagai pembangkang kuat di Pulau Pinang, kini bergabung.

Anwar, yang mengakhiri jadual padat dalam lawatan kerja ke Pulau Mutiara malam ini, berkata gabungan PH-BN bukan untuk mengekalkan kuasa sebaliknya bersandarkan prinsip menyelamatkan negara dan menjaga tatakelola baharu Malaysia.

“Kalau kita lihat perkiraan biasa, (melalui) gabungan dua gergasi ini saya percaya kita akan tempa keputusan luar biasa di Pulau Pinang,“ katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata rekod pentadbiran PH di bawah Chow adalah baik dan beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN di Pulau Pinang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings