the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Profesion teknikal tunjang utama pembangunan negara, kata Nanta

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Menteri Kerja Raya tekankan kepentingan profesion teknikal sebagai agenda strategik negara untuk kekal berdaya saing dalam era teknologi baharu.

JOHOR BAHRU: Profesion teknikal perlu terus diberi keutamaan sebagai agenda strategik negara bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam era teknologi digital dan teknologi baharu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelbagai disiplin teknikal merupakan golongan yang membina asas kemajuan negara.

Beliau berkata dalam dunia digital yang dipacu automasi, robotik dan kecerdasan buatan (AI), profesion teknikal kini merupakan penggerak utama yang menentukan hala tuju masa depan negara.

“Generasi muda perlu melihat bidang teknikal sebagai platform untuk melahirkan daya cipta inovatif,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) di Persada Johor International Convention Centre.

Nanta Linggi berkata negara perlu mengadaptasi teknologi seperti IoT, AI, VR dan Data Raya bagi meningkatkan kecekapan sistem.

Beliau menambah inovasi termasuk robotik, Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) terus mentransformasi sektor pembinaan negara.

Namun, beliau menegaskan bahawa teknologi hanya bermakna jika ia berteraskan hikmah dan kepedulian terhadap rakyat.

“Apalah gunanya kecanggihan teknologi jika ia tidak menambah baik kehidupan rakyat?” katanya.

Beliau turut berkata pemilihan Johor sebagai tuan rumah HPTN 2025 merupakan pengiktirafan terhadap kedudukan negeri itu sebagai hab ekonomi yang sedang berkembang pesat.

“Pada 2025, Johor menerima peruntukan RM11.43 bilion daripada Kerajaan Persekutuan, termasuk RM10.24 bilion bagi projek pra-pembinaan dan pembinaan,” katanya.

Beliau memaklumkan pertemuan dengan Menteri Besar Johor pada 26 November lepas telah membuka ruang kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Kolaborasi ini akan memastikan setiap projek dilaksanakan secara tersusun, berfasa dan berkesan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img