the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
20.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program Jualan Rahmah MADANI agih daging ayam percuma di Port Dickson

PORT DICKSON: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang diadakan bersempena Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI di Port Dickson hari ini mengagihkan 2,500 daging ayam percuma kepada pengunjung bertuah.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut mengedarkan daging ayam percuma di dua lokasi, iaitu 500 ekor di PJRM Batu 1 dan selebihnya di PJRM Dataran Kampung Pachitan.

Menurut tinjauan Bernama di PJRM Batu 1, orang ramai mula berkunjung seawal 8 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, turut hadir mengagihkan daging ayam percuma kepada pengunjung.

Nurul Nabila Salleh, 36, salah seorang pengunjung, berkata dia memang menantikan program ini kerana harga barangan yang dijual jauh lebih murah. “Barang dijual sangat murah berbanding pasar raya lain. Kalau boleh, ia dapat diadakan setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap hujung bulan supaya rakyat dapat membeli pada harga lebih murah,“ katanya.

Bekas guru besar, A. Damutaran, 68, pula menyifatkan program ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga memudahkan pembeli mendapatkan keperluan dapur di satu tempat. “Ada bawang, telur, ayam, sardin, santan, semuanya dijual pada harga lebih murah daripada tempat lain,“ ujarnya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Beyond Benih boosts food security for 155,000 B40 communities, set for expansion in 2026

British American Tobacco (Malaysia) Bhd’s Beyond Benih program has benefitted around 155,000 B40 community members since its launch in 2022 by improving access to affordable, fresh produce through community-led farm gardens. The initiative was set to expand further and reach up to 250,000 beneficiaries by 2026.
spot_img

Popular Categories