the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program Sekolah Angkat MADANI bantu tingkat pembelajaran SMK Cyberjaya

Jabatan Perikanan salur bantuan RM100,000 untuk SMK Cyberjaya melalui Program Sekolah Angkat MADANI, termasuk peralatan STEM dan naik taraf kemudahan.

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya melalui Program Sekolah Angkat MADANI.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata peruntukan RM100,000 membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pembekalan set LEGO STEM untuk pengajaran dan pembelajaran.

“Inisiatif ini telah membantu pelajar SMK Cyberjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan LEGOLAND® School Challenge 2025 di Iskandar Puteri, Johor,” katanya.

Bantuan turut disalurkan untuk penyediaan meja dan kerusi peperiksaan baharu di dewan sekolah serta kerja naik taraf bilik kegiatan guru.

BACA: MINDEF salur bantuan persekolahan, bencana di Sabah melalui Jelajah Wira MADANI

Penggantian penyaman udara di lokasi utama seperti bilik sumber, perpustakaan dan bilik guru turut dilaksanakan.

Kesemua penambahbaikan ini menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar dan tenaga pengajar.

DOF juga menganjurkan program libat urus dan literasi perikanan bersama warga SMK Cyberjaya.

Program tersebut memberi tumpuan kepada pemahaman tentang kepentingan pemuliharaan sumber perikanan dan pengenalan ikan asli Malaysia.

Aktiviti termasuk kempen uji rasa produk perikanan tempatan dan pertandingan kulinari Rasa-Rasa Akuakultur Edisi Sekolah turut diadakan.

Pendekatan ini memperkukuh usaha DOF dalam memperluas kesedaran awam terhadap peranan sektor perikanan.

“DOF amat berbesar hati dapat menyumbang kepada usaha ini dan melihat manfaatnya dinikmati terus oleh warga SMK Cyberjaya,” ujar Adnan.

Program Sekolah Angkat MADANI mencerminkan keprihatinan DOF terhadap pembangunan masyarakat melalui pendekatan kolaboratif.

Program Apresiasi Sekolah Angkat MADANI antara DOF dan SMK Cyberjaya diadakan hari ini sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Program Sekolah Angkat MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories