the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program WRUR Duyong catat 10,000 penyertaan masyarakat

MELAKA: Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong berjaya menarik lebih 10,000 penyertaan daripada masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang dua minggu penganjuran, memberikan manfaat menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 174 program telah dijalankan, mencerminkan kejayaan pendekatan ‘merakyatkan pentadbiran’ oleh kerajaan negeri. “Jumlah kehadiran warga Duyong pada WRUR kali ini memecahkan rekod penyertaan sebelum ini. Kejayaan ini bukan hanya dilihat dari segi projek atau peruntukan, tetapi juga dari reaksi positif rakyat yang merasa didengar dan dibela,“ katanya selepas majlis penutup WRUR Duyong di Semabok Dalam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, serta ADUN Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Ab Rauf menekankan bahawa WRUR bukan sekadar program biasa, tetapi ia memperkukuh silaturahim dan semangat kebersamaan dalam komuniti. “Kerjasama semua pihak, termasuk exco, wakil rakyat, dan agensi kerajaan, memastikan manfaat program ini dirasai sepenuhnya oleh rakyat,“ ujarnya.

Program ini juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk lebih dekat dengan rakyat, memahami keperluan mereka, dan membina komuniti yang lebih inklusif dan sejahtera. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

From innovative therapies to real-world research: International experts gather in Boao Lecheng, China, to shape future of medicine

International experts convened in Boao Lecheng to explore breakthroughs in innovative therapies, medical devices, and real-world research, highlighting the zone’s growing role as a global hub for advanced healthcare.

The wisdom derived from the great migration: Hakka medicine – the unique “medical epic” of the Hakka people

The 7th World Hakka Conference in Meizhou showcased the rich legacy of Hakka medicine, shaped through centuries of migration and cultural exchange. Featuring iconic remedies like Shuangliao Houfeng Powder, the event highlighted how Hakka communities across the world continue to preserve and promote this unique medical tradition.
spot_img

Popular Categories