Monday, October 27, 2025
30.1 C
Malaysia
spot_img

Remaja lemas ketika mandi di air terjun Yan Kedah

The Sun Webdesk

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di Yan, kira-kira 40 kilometer dari sini, petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan digerakkan ke lokasi kejadian.

Bomba dimaklumkan bahawa seorang remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun bersama rakan-rakannya sebaik tiba di lokasi.

Operasi mencari di permukaan air dilakukan sebelum anggota turut menyusuri sungai bagi mengesan mangsa.

Remaja berkenaan ditemukan pada pukul 8.40 malam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

ASEAN payment connectivity to boost MSME growth and regional integration

ASEAN payment links and QR codes will unlock a US$1.2 trillion digital economy, helping MSMEs access 700 million consumers across Southeast Asia.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img