the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Resolusi isu tanah ladang FELDA-FGV dibawa ke kabinet esok

Ahmad Zahid akan bentang resolusi isu 10 ladang FGV di Terengganu dalam mesyuarat kabinet esok selepas perbincangan lembaga pengarah hari ini

PUTRAJAYA: Resolusi mengenai isu 10 ladang FGV Holdings Bhd yang dikenakan notis larangan menceroboh oleh kerajaan Terengganu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Lembaga Pengarah FELDA dan FGV sedang bermesyuarat hari ini bagi membincangkan saranan dan penyelesaian.

Beliau yakin beberapa saranan daripada mesyuarat lembaga pengarah akan disampaikan kepadanya untuk dibentangkan esok.

“Ini bagi membolehkan beberapa langkah tindakan segera dilakukan oleh kerajaan,” katanya kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan KKDW.

Ditanya mengenai keperluan pasukan khas, Ahmad Zahid berkata tiada keperluan berbuat demikian.

Beliau berkata isu sebegini lazimnya diselesaikan di peringkat Majlis Tanah Negara bersama Menteri-Menteri Besar.

“Segala-galanya boleh dirundingkan walaupun negeri terbabit tidak sealiran dengan Putrajaya,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahmad Zahid berkata tarikh masih belum ditetapkan.

Pada Ahad lepas, kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar.

Notis itu dikeluarkan selepas mendakwa selama lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.

FELDA dan FGV sebelum ini memaklumkan proses semakan menyeluruh sedang dijalankan ke atas semua dokumen berkaitan.

Proses semakan itu merangkumi sejarah ladang, rekod pembayaran, bayaran premium tanah, status hak milik dan syarat-syarat pembangunan ladang.

Langkah itu susulan notis amaran pendudukan secara tidak sah dan kesalahan menceroboh yang dikeluarkan ke atas ladang lot FELDA dan FGV di beberapa daerah Terengganu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories