Sunday, November 2, 2025
26.8 C
Malaysia
spot_img

Ribut petir dan hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara

The Sun Webdesk

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Semenanjung serta Sarawak dan Sabah sehingga 9 malam.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.30 petang ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),

Kawasan terlibat di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang serta Kuala Krai.

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Kuching, Serian serta Sibu (Sibu dan Kanowit), manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img